Sabtu, 10 Mac 2012

Recipe of the Year: Ayam masak lemak cili api.....

Ni bukanlah masakan pertama dalam sejarah hidup aku. Dah pelbagai jenis masakan pernah aku sediakan. Tapi yang ni, memang favourite aku dan wife. Memang sedap......

Bahan-bahan:

Ayam (dalam 1/2 kilo)
Cili api (dalam 20 batang. Lagi pedas lagi sedap)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Asam keping
serbuk kunit/ kunyit hidup
daun kunyit
Santan pekat
Kerisik

Cara masak: Blender dulu bawang, halia lengkuas dan serai. Lepas tu masuk semua bahan termasuklah ayam dalam kuali. tambah air secukup rasa. Pasang api dan kacau sehingga masak lemak mendidih. kecilkan api pastu g tengok tv. Tunggu je masaka. Hahahahahaha....

Senjata utama: 20 biji cili. Lagi banyak lagi kick

Ni rahsianya, asam keping Sabah. Susah nak dapat ni.

Bahan utama: kalau nak letak daging kerbau pown boleh

Nilah hasilnya. Kuning lagi berlemak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan