Sabtu, 5 Mac 2011

Kellie's Castle Punya Bicara

 Tahun lepas memang tahun cuti-cuti seputar Malaysia bagi aku dengan wife. Kali ini, Kellie's Castle menjadi destinasi pilihan. Istana ini terletak bersebalahan Jalan Gopeng-Batu Gajah, dan hanya 20 km sahaja dari Bandaraya Ipoh. Istana separuh siap ini adalah kepunyaan William Kellie Smith, warga scotland, pemilik Kinta Kellas Estate dan Kinta Kellas Tin Dredging Company. Pembinannya bermula pada tahun 1915, dan ditamatkan separuh siap pada 1926 selepas kematian empunya istana ini.
 Memang menarik istana berkonsepkan senibina Moorish revival/Indo Saracenic Style ini. Kalau Taj Mahal dibina untuk si isteri, estet ni dibina bagi meraikan kelahiran anak lelaki William Kellie ni, yang bernama Anthony. Sebelum ini, si William ni hanya mempunyai seorang anak perempuan bernama Helen, dan beliau memang desperate sangat untuk mendapatkan anak lelaki untuk mewarisi empayar beliau di sini.
Menariknya lagi, bagunan ini mempunyai lif (separuh siap), dan dipercayai ini adalah lif yang pertama dibina di Malaysia. Pula tu, terdapat banyak chamber dan terdapat dua terowong yang menghubungkan kuil Hindu berhampiran dan satu kawasan yang aku sendiri tak pasti. Semua bahan binaan dibawa khas dari India, termasuklah pekerjanya sekali. Ini kerana pengaruh Hindu dalam diri William ni memang kuat.
Menurut penduduk tempatan, estate separuh siap ni berhantu, dan ramai juga yang pernah terserempak dengannya. pada mulanya, memang meremang juga bulu roma aku, tapi bila terpandangkan kehalusan seni bina estet ni, terus hilang perasaan tu. Pergh..... macam-macam cara manusia buat untuk menunjukkan rasa kasih pada yang disayangi. Yang ini sanggup buat sebuah istana beb. Huh, kalaulah aku ada banyak duit...............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan