Sabtu, 5 Mac 2011

Lok Kawi Wildlife Park dijejaki....

 Kali ni jelajah aku kat Sabah meninjau pula satu lagi keunikan iaitu Lok Kawi Wildlife Park, cuma 20km dari Bandar kota Kinabalu. Senang juga nak cari tempat ni sebab dia terletak sebelah jalan Papar-Penampang (aku waktu tu memang datang dari Kimanis). Tempat ni juga antara wildlife park yang terbesar kat Malaysia ni.
 Waktu aku ngan wife pergi, ngam-ngam hujan lebat tu. Tapi itu tetap tak mematahkan semangat kami (buktinya sampai sanggup pakai baju hujan yang dah macam jubah star wars pulak. Dengan entrance citizen dewasa RM 10, memang berbaloi juga aku teroka kawasan seluas 280 ekar ni. Tu pun bukannya  semua ceruk aku jelajahi (penat woo redah hujan)
 Haa.... binatang alah ni la aku cari selama ni. Monyet Proboscis. Monyet ni hanya terdapat di dalam hutan kat Sabah saja. Memang takde kat dalam zoo kat semenanjung ni serasa aku la. Memang teruja la aku dapat first time bertentang mata dengan monyet ni. Hidungnya mancung bak orang eropah... (teringat dialog dalam seniman bujang lapok: "walaupun rupamu tidak kukenal, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku")
Memang terhibur la aku kat sini dengan bermacam telatah haiwan. Tempat ni juga banyak mendidik aku untuk lebih menghargai alam semulajadi supaya dapat diwariskan kepada anak cucu aku nanti. (cewah macam aktivis green peace lak). Anyway, kalau korang berminat nak tengok apa yang ada dalam ni, bolehlah datang terus ke Lok Kawi Wilkdlife Park ni.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan