Isnin, 7 Januari 2013

Kenangan Hari TB sedunia

Semua kenangan pahit manis seputar Hari TB Sedunia Peringkat Negeri Perak pada 28 March di Riverfront
Teluk Intan masih lagi terpahat di memori ini. Ada gembira, berbaur kepenatan dan kekecewaan.

Memang pada mulanya bersemangat team tresure hunt kami yang seramai 5 orang. Bertolak seawal 6 pagi dari Ipoh dengan kedinginan embun pagi. Perghhh.... memang sedap tidur le sepanjang perjalanan.

Selepas pendaftaran tiba masa yang dinantikan, iaitu pelepasan. Namun penganjur bikin spoil sebab terlupa berikan klu kepada team yang bertanding. Apalagi bertaburan la lari sambil dalam hati hairan ke mana nak tuju. Team kami patah balik untuk minta klu diikuti dengan team lain. 

1st spot adalah pasar Mak Intan. Mula-mula kitorang tersesat n jadi team terakhir sampai. tapi berkat kerja sepasukan, kitorang berjaya catch up balik team-team lain terutama semasa task di depan balai polis lama Teluk Intan dan Menara Condong Teluk Intan.


Team kami antara yang terawal sampai di penamat. Namun rezeki tak meyebelahi apabila pihak penganjur dilihat seperti berat sebelah. Akibat huruf 'T', kami satu team sepakat untuk tarik diri dan balik awal sebagai tanda boikot..... Memang kecewa......

credit: (dari atas) Syukur Azizan, (tengah dari kiri) Azmi Zakari, Erdi Hafis, (bawah) Hasrul Azhar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan