Ahad, 29 Julai 2012

RIP Luna....

Luna dalam kenangan.........
Agak menyedihkan kerana hampir setahun bersama Luna, akhirnya hamster yang seekor ini telah pergi pada 12/7/12 yang lalu...... punca kematian tak diketahui tapi aku syak dia digigit oleh si Miki sebab ada kesan gigitan kat kaki belah kanannya. siot...... memang dah hukum rantaian makanan, kucing mana boleh ngam dengan hamster....... silap aku juga sebab biarkan diorang main tanpa pengawasan..... kan dah padan muka dengan aku.

Welcome Miki....



Welcome to your new home and new family...... selepas ditinggalkan ibu...... teringin nak tengok Miki membesar menjadi seekor kucing jantan yang gagah lagi garang.... MEOWWWWWWW!!!!!




Rabu, 21 Mac 2012

Malang mana ada bau!!!!!!

 SEBELUM.....
berkilat, menawan dan boleh buat cermin
AFTERMATH:
nampak sangat kete aku ni buat dari tin milo je. 2 biji lampu kiri kanan, fog lamp,  bonet, SE front skirt, condenser aircond semua hancus.




p/s: nombor 4 angka tu... jangan ngangkung yerrr!!!!!

Awas... kuda menggigit?????

Bukan lawak, bukan edit, tapi ini kebenaran bahawa seekor kuda padi di Lok Kawi Wildlife yang boleh menggigit pengunjung kalau tak berhati-hati melalui kandangnya. Mula-mula macam tak caya, tapi lepas tengok kuda tu, terus aku surrender dan blah. HAHAHAHAHA!!!!!!!!

Ahad, 18 Mac 2012

Happy Birthday Syawal

Tulang belakang merencana majlis simple ni

Birthday boy yang dicelebrate

Siap kek gambar sendiri lagi tu

Ha, tiup jangan tak tiup

Saat paling best, makan time. Aku cuma minat 'pagar' kek tu je

Sabtu, 10 Mac 2012

Recipe of the Year: Ayam masak lemak cili api.....

Ni bukanlah masakan pertama dalam sejarah hidup aku. Dah pelbagai jenis masakan pernah aku sediakan. Tapi yang ni, memang favourite aku dan wife. Memang sedap......

Bahan-bahan:

Ayam (dalam 1/2 kilo)
Cili api (dalam 20 batang. Lagi pedas lagi sedap)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Asam keping
serbuk kunit/ kunyit hidup
daun kunyit
Santan pekat
Kerisik

Cara masak: Blender dulu bawang, halia lengkuas dan serai. Lepas tu masuk semua bahan termasuklah ayam dalam kuali. tambah air secukup rasa. Pasang api dan kacau sehingga masak lemak mendidih. kecilkan api pastu g tengok tv. Tunggu je masaka. Hahahahahaha....

Senjata utama: 20 biji cili. Lagi banyak lagi kick

Ni rahsianya, asam keping Sabah. Susah nak dapat ni.

Bahan utama: kalau nak letak daging kerbau pown boleh

Nilah hasilnya. Kuning lagi berlemak

Khamis, 8 Mac 2012

Perlawanan Pilihan

Linesman kat belakang seksi la pulak......
 Perlawanan tumpuan bagi round pertama, antara pasangan regu Salman/Guna dan pasangan Yus/Erdi. Memang sengit sehingga membawa ke set penentuan. Anyway, tahniah ler pada beregu pilihan (Salman/Guna) kerana memenangi game ni....jumpa anda di round seterusnya.....
Yus (depan) yang nampak sangat keletihan..... Isk.....

Servis batal tu bai!!!!!

Umpire yang sempat berposing..... weh, pengadil servis, tengok game laaa!!!!!!

Ahad, 4 Mac 2012

Badminton......

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP SEKSYEN 18-20


Round
   1   JAMIRI/FAIZAL      VS    ERDI/YUS  
        ANUAR/JAMIL        VS    SYUKUR/HADI
        HASRUL/ADY         VS    SALMAN/GUNA

   2   JAMIRI/FAIZAL       VS   ANUAR/JAMIL
        ERDI/YUS               VS    SALMAN/GUNA
        SYUKUR/HADI        VS    HASRUL/ADY

   3   SALMAN/GUNA       VS   SYUKUR/HADI
        HASRUL/ADY          VS   JAMIRI/FAIZAL
        ANUAR/JAMIL         VS   ERDI/YUS

   4   ERDI/YUS               VS    SYUKUR/HADI
        JAMIRI/FAIZAL       VS   SALMAN/GUNA
        ANUAR/JAMIL        VS    HASRUL/ADY
 
   5   SYUKUR/HADI       VS     JAMIRI/FAIZAL
        HASRUL/ADY         VS    ERDI/YUS
      SALMAN/GUNA      VS ANUAR/JAMIL

Rabu, 22 Februari 2012

Happy belated birthday for...... me?

Kek Blueberry manggo cheesecake...... yummy!!!!!
 Majlis yang simple, janji heppy. So kali ni, rumah ayah aku dijadikan port untuk sambut birthday..... (sebenarnya jimat kos tu) apapun, thanks to my beloved wife, Nurul Athikah @ Lin dan anakanda semua (syawal, Ila, n Lina)
Nampok bebenor udah tue, nak meniup lilin pon tak terpadam

udah macam teras-teras bumi la plak

Inilah tulang belakang yang menjayakan kek birthday aku.... tq semua anakanda

Luna.... welcome to our family

Jenuh gak nak mengajar yang sekor ni etika seekor hamster
 Sedih tak sedih la sebab hamster kesayang kitorang, si Lola n Lucy mati tahun lepas.... enam bulan rumah hamster tu tak berpenghuni.... so recently, kami ambil keputusan untuk adopt seorang lagi ahli baru dalam rumah..... cik Luna yang nakal dan suka menggigit!!!!!
Pemalu, tetapi kalau depan kamera memang suka berposing

Hrmm.... ada saja benda nak digigit la tu

Selasa, 21 Februari 2012

Lata Kekabu.... Burrrr.....

Sejuk nak mandi, berendam kaki pun jadilah
 Lama tak sharing dalam blog... sibuk betul tahun ni..... Ni pun tahun lepas punya outing..... Ish..ish...ish.

Haritu, bincang ngan wife, ke mana kita nak outing. So ntah macam mana, terpancul nama Lata Kekabu.... Ok jugak. Sekali sekala tukar selera. Kali ni jengah area Lenggong pulak.

Tak jauh pun, cuma lebih kurang 25 KM je dari Kuala Kangsar dan cuma 10KM je lagi nak sampai pekan Lenggong.

Huhuhu..... ni ikan duyung


Parking lot dia memang besor walaupun jalan masuk dia nak selisih dua biji kereta pun penat... kene la jaga-jaga. Kalau tak alamat balik kereta kemek la. Air terjun dalam tak dalam manalah, cuma paras dada itik je.... kekekekeke.... Ala, kalau dah ketinggian aku yang 183cm pun hapus, bayangkan sendiri kalau anda yang lebih rendah dari tu.... Masa kitorang pergi hari Ahad, taoi yang peliknya tak ramai pula orang.... cuma 2-3 family jerr.... tu yang pelik skit.

 Lagi satu, tempat ni banyak betul pacat.... Kalau tak berhati-hati alamat kenyanglah pacat tu. Pemandangan dia boleh tahanlah... dengan air terjun yang lebih kurang 50 meter tu..... rasa macam nak terjun je dari atas tu.....
Sesambil posing, tolong promote KFC







Apapun, perjalanan hampir dua jam dari Ipoh memang berbaloi la...... Satu bucket KFC licin.... hahahahaha..... Next time kalau ada masa, Lata Kekabu pasti akan ada dalam list....