Zoo taiping terletak berhampiran dengan kaki Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping, Taiping Perak, dan mula dibuka pada tahun 1961. Juga dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah, zoo ini merupakan zoo yang tertua di Malaysia....
Pada 1 Mac 2003 pula, night safari telah dibuka, dan merupakan night safari yang pertama seumpamanya di Malaysia. Tujuannya untuk melihat haiwa-haiwan nocturnal seperti kongkang dan burung hantu melakukan aktiviti tak semenggah mereka. Info bagi anda: Night safari zoo Taiping adalah yang ketiga di dunia dibuka selepas Shanghai dan Singapura. Ok, zoo ni juga menjadi habitat bagi lebih 1300 ekor binatang daripada 180 spesis (kalau tak salah). Ianya dibuka dari 8 pagi hingga 11 malam.
Besar kawasan ni, sampai nek mengah aku ngan wife. Kalau nek train, rasa rugi pulak nak menghayatai dengan lebih dekat haiwan kat sini. So terpaksalah jalan kaki. Hurmm.... kalaulah lebih banyak lagi haiwan eksotik yang amat jarang-jarang ditemui, aku rasa next time aku nak datang sini lagi. Lagi satu, haiwan-haiwan liar terutamanya beruk patut dihapuskan. Pihak pengurusan patut lebih peka dengan hal ni. Coz aritu, hampir-hampir aku nampak beruk dari luar menceroboh masuk dan mengganggu pengunjung. Apapun, this place is awesome....




