Hari ni last day bagi bulan Februari. 28 haribulan, satu titik noktah bagi bulan kedua bagi tahun 2011. Masa berlalu begitu pantas. Sekejap menjengah apa yang aku dah capai pada bulan Februari ni
Kewangan: semakin stabil berkat usaha perbelanjaan berhemah
Rumahtangga: Alhamdulillah.... berjalan lancar..... meter cinta full lagi. macam baru semalam saje berkahwin
Kerjaya: Hmm... bulan ni rasanya macam takde apa yang best aku capai.
Mood : Macam pasaran saham...... sekejap melambung sekejap merudum.
Kejiranan : Baru 5 bulan berpindah, tapi aku hanya mampu kenal 3 buah keluarga je....... huhuhuhu
Rakan-rakan: So far takde masalah...... cuma sedih bulan ni my close friend xcident. RXZ merahmu kini tinggal
kenangan.....
Gred bulan ni: C
Isnin, 28 Februari 2011
Jumaat, 18 Februari 2011
Bila diri disayangi
Terdengar bisikan mesra.....
kalimah keramat bermentera.......
Lagu bercorak ketuhanan.... tapi aku mengambilnya dari sudut cinta pada seorang kekasih.....
Lagu ini menjadi kenangan cinta aku bersama wife......
Liriknya yang puitis seperti menceritakan kisah aku sewaktu awal percintaanb dengan isteriku......
Bagaimana dengan kehadiran beliau menyempurnakan diriku yang masih mencari2 arah hidup.......
Selasa, 15 Februari 2011
My Valentine
Roses are beauty, but the beauty of thousand roses cannot challenge mine.
The beauty of roses shall fade away, but my love for you last forever........
My heart stops pounding when i am looking into your pretty eyes.....
My lungs stops breathing when you smile......
Manje, you are my baby valentine.......
All I have in this eternal world.... it is all yours!!!!!
(dedicated specially for my beloved wife, Nurul Athikah @ manje)
The beauty of roses shall fade away, but my love for you last forever........
My heart stops pounding when i am looking into your pretty eyes.....
My lungs stops breathing when you smile......
Manje, you are my baby valentine.......
All I have in this eternal world.... it is all yours!!!!!(dedicated specially for my beloved wife, Nurul Athikah @ manje)
Khamis, 10 Februari 2011
Dedicated to my beloved wife...........
Menggeleng tak bererti tak setuju,Resah bukan tanda buntu,
Menangis tak bererti syahdu,
Tak SMS tak bererti tak rindu,
Diam tak bermaksud membisu,
Berleter tak bererti serba tahu,
Ketawa bukannya selalu lucu,
senyum bukan bererti ada sesuatu
kerana.....
Dalam hati sering terkenangkanmu,
Dalam mimpi hadirnya dirimu,
Setiap saat adanya kamu,
Setiaap helaan nafas cinta bertamu
Sayang........ I LOVE U
Selasa, 8 Februari 2011
Mimpi waras
Mimpi waras adalah satu keadaan sedar ketika bermimpi yang menghasilkan pengalaman yang lebih jelas ("waras") dan yang biasanya membolehkan seseorang mengawal kandungan mimpinya secara langsung. Pengalaman lengkap dari mula hingga akhir dikenali sebagai mimpi waras. Stephen LaBerge, penulis buku dan pengkaji yang popular dalam bidang ini, telah mentakrifkannya sebagai "bermimpi ketika menyedari bahawa anda sedang bermimpi."
LaBerge dan rakan-rakannya menggelar mereka yang memeriksa dengan teliti segala kemungkinan mimpi waras sebagai oneironaut (perkataan Greek yang membawa maksud harfiah, "penjelajah mimpi"). Topik ini telah menarik perhatian berbagai-bagai kumpulan yang bersifat eklektik, termasuk kumpulan ahli psikologi, penulis karya usaha diri, kumpulan Zaman Baru, ahli mistik, ahli ilmu ghaib, dan seniman. Senarai ini bukan sahaja tidak menyeluruh, tetapi minat terhadap mimpi waras tidak semestinya dikaitkan dengan setiap kumpulan tersebut.
Pemimpi-pemimpi waras sering kali menggambarkan mimpi mereka sebagai menguja, berwarna-warni, dan aneh. Banyak orang membandingkannya dengan pengalaman rohaniah dan mengatakan bahawa mimpi-mimpi itu mengubahkan kehidupan atau pandangan mereka terhadap dunia. Sesetengah orang turut melaporkan bahawa mimpi waras mereka mengambil bentuk hiperrealiti yang kelihatan "lebih benar daripada yang sebenarnya", dengan kesemua unsur kenyataan dipertingkatkan. Mimpi waras lebih senang diingati berbanding jenis mimpi yang lain, termasuk mimpi buruk dan mungkin oleh sebab ini, mimpi waras sering dipreskripsikan sebagai cara untuk menghilangkan mimpi-mimpi yang tidak menyenangkan seseorang.
Sungguhpun pengetahuan yang jelas dan tekal sukar didapati daripada kebanyakan tafsiran mengenai pengalaman tersebut — terutamanya kerana sifatnya yang subjektif — kesahan mimpi waras sebagai satu fenomena yang dapat ditentusahkan secara saintifik kini telah mantap. Bidang mimpi waras mungkin boleh dikelaskan sebagai satu protosains yang menantikan pertambahan pengetahuan saintifik untuk bidang ini. Penyelidik-penyelidik, seperti Allan Hobson, dengan pendekatan neurofisiologi mereka untuk bidang mimpi, telah membantu mengganjakkan sempadan pemahaman mimpi waras ke alam yang kurang bersifat mengagak-agak.
(sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mimpi_waras)
Mimpi jadi realiti..........
(Batu Gajah, 14/09/2010 in memories)
Mimpi semalam...... menjadi kenyataan....
Dua jiwa dijalin menjadi satu
Rahsia mimpi dibukakan hijabnya.....
Moga impian berkekalan hendaknya
Mimpi semalam...... menjadi kenyataan....
Dua jiwa dijalin menjadi satu
Rahsia mimpi dibukakan hijabnya.....
Moga impian berkekalan hendaknya
Mimpi........
Mimpi bukan fantasi...... mimpi bakal membentuk satu realiti...... mimpi boleh mencorak hakiki..... mimpi patut dipisah dari ilusi....... mimpi mempunyai rahsia tersendiri...... Bangunlah dari tidur........ realisasikan mimpi..... kerana dengan mimpi kita boleh mengorak setapak lagi dalam menempuh duniawi............
Langgan:
Ulasan (Atom)



