Jumaat, 1 Julai 2011

Selamat Hari Bapa 2011



Mungkin belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa di seluruh dunia. Anda semua seorang yang hebat dalam membentuk dan menjaga keluarga anda...... kepada bapaku, Johari bin Abd Aziz..... selamat hari bapa.... Ayah seorang yang Hebat!!!!!!!!!

My Sweetheart under Operation

Date: 25/5/2011
C/O: Per Vaginal Bleed (soaked 10 pads, associated with clotted blood)
        Asymptomical of Anemia
Operation : Hysteroscopy & Polypectomy
Diagnosis: Endometrial Polyps (8.7mm x 13mm)

Alhamdulillah, isteriku berjaya dibedah untuk mengeluarkan polyps di dalam rahimnya. Sebelum pembedahan, asal period je, dia akan mengalami pendarahan yang banyak, disertai darah yang berketul dan muka yang pucat (kehilangan darah). Lepas ni ada satu lagi temujanji post operation pada 21/7 nanti.... harap2 tidak ada apa-apa masalah lagi... Didoakan semoga manje sihat dan ceria selalu... AMIN.....

Muka cuak sebelum operation.......

Ni Lepas operation... masih ada kesan GA lagi.....

Sebelum masuk dewan bedah.... Sempat main PSP lagi tu


Terima kasih juga diucapkan kepada staff ACC OT yang begitu mesra dan cekap menjalankan tugas....

Ahad, 12 Jun 2011

Dayout Marathon.......

Tak pernah lagi dibuatnya kami sekeluarga buat dayout kat empat tempat yang berbeza..... Dari Cameron Highland, turun ke Teluk Batik, singgah di jeti Lumut, dan last sekali menikmati kedinginan air terjun Ulu Chepor.....

Tarikh: 08/06/2011

Ipoh ke Tanah Rata, Cameron Highlands (melalui simpang Pulai) : 90.7km
Tanah Rata ke Teluk Batik (melalui simpang Pulai) : 164km
Teluk Batik ke Pekan Lumut : 7.9km
Pekan Lumut Ke Ulu Chepor: 92.8 KM
Ulu Chepor balik rumah (melalui Chemor): 22.6km

Keseluruhan travel: 378km (rasa2 boleh sampai perlis dah ni)

Waktu keluar dari rumah: tepat 6.00 a.m
Waktu sampai rumah: ngam-ngam 6.00 p.m

kepenatan + dehydration = priceless berbanding kegembiraan menghabiskan masa dengan orang tersayang

Sampai pukul 7.20 pagi. Masih dingin lagi ni........

Cactus point, Cameron..... haaa.... sapa nak..... aku jual dua singgit
Masa untuk sunburn kat Pantai Teluk Batik.... hahahahaha
Lepak jap kat jeti Lumut.... sambil cuci-cuci mata
Dah seharian berpeluh, masa untuk mandi..... hahahaha, sejuk siot

Isnin, 23 Mei 2011

Movie Day Out (Kongsi:Lu Langsi Lu Mati)

Kongsi: Lu Langsi Lu Mati


Menunggu penuh sabar sambil makan Big Apple Donut
Muka bosan tapi penuh pengharapan....
15 hb bebaru ni, aku sekeluarga meluangkan masa untuk tonton movie... sebelum ni memang dah banyak kami hang out kat panggung, tapi sebabkan filem yang satu ni, penangannya lain sket... Manakan tidak, habis je keje, terus aku ngan family bergegas ke TGV Kinta City.... sampai je, mak ai.... packnya orang. Beratur panjang pula tu. Tiket pula banyak dah sold out. Tapi untuk tak menghampakan, aku nekad ambil tiket kul 7.20 p.m. Ini bersamaan 4 jam kami lepak kat Kinta City tu (paling lama dalam sejarah hidup aku ni sebabkan tunggu movie je. Siap bleh main arcade kat sebelah TGV ni) ...... Tapi memang berbaloi la menunggu....
                                                             
Habis movie ngam-ngam kul 9... terus pecut balik rumah sebab wife aku peminat rancangan Mentor.... dalam perjalanan, banyaklah ayat-ayat dalam filem ni yang berkumandang semula dalam kereta. (especially dialek kelantan oleh si Sam.... terutama "jerit supo pondey". Tak sia-sia sebab movie ni memang
best.... pecah perut juga woo.......Apapun, this is one of my memorable MDO yang akan aku kenang sampai bila-bila.
                                                                                                                           

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari ibu

Hari ini 8hb Mei. merupakan hari yang istimewa bagi wanita yang bergelar ibu.... Selamat hari ibu buat semua tak kira di mana jua.... Selamat hari ibu buat isteriku..... al-Fatihah buat arwah emak.......  Anda semua insan yang hebat........

Sabtu, 7 Mei 2011

Rattouile...........

Si nakal Lola..... suka main air... so waktu mandi adalah saat paling
gembira bagi si betina ini

Huh, pantang bagi keluar, mesti ada saja benda yang nak
dibuatnya

Ini pula si Lucy... kuat makan wooo.... stok kuaci habis
dibedalnya seorang

Renungan seekor hamster yang dikurung.... masih ada ruang
kebebasan???? huhuhuhu... lebih baik jangan..... pantang keluar
mesti hilang punya.

Jumaat, 11 Mac 2011

Zoo Taiping....

Zoo lagi? Yups,  kali ini aku menjengah ke sebuah zoo yang terkenal di kawasan Utara, iaitu Zoo Taiping....

Zoo taiping terletak berhampiran dengan kaki Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping, Taiping Perak, dan mula dibuka pada tahun 1961. Juga dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah,  zoo ini merupakan zoo yang tertua di Malaysia....






Pada 1 Mac 2003 pula, night safari telah dibuka, dan merupakan night safari yang pertama seumpamanya di Malaysia. Tujuannya untuk melihat haiwa-haiwan nocturnal seperti kongkang dan burung hantu melakukan aktiviti tak semenggah mereka. Info bagi anda: Night safari zoo Taiping adalah yang ketiga di dunia dibuka selepas Shanghai dan Singapura. Ok, zoo ni juga menjadi habitat bagi lebih 1300 ekor binatang daripada 180 spesis (kalau tak salah). Ianya dibuka dari 8 pagi hingga 11 malam.





























Besar kawasan ni, sampai nek mengah aku ngan wife. Kalau nek train, rasa rugi pulak nak menghayatai dengan lebih dekat haiwan kat sini. So terpaksalah jalan kaki. Hurmm.... kalaulah lebih banyak lagi haiwan eksotik yang amat jarang-jarang ditemui, aku rasa next time aku nak datang sini lagi. Lagi satu, haiwan-haiwan liar terutamanya beruk patut dihapuskan. Pihak pengurusan patut lebih peka dengan hal ni. Coz aritu, hampir-hampir aku nampak beruk dari luar menceroboh masuk dan mengganggu pengunjung. Apapun, this place is awesome....

Location Honeymoon paling budget......

Sehari lepas kahwin, terlintas nak bawak wife pergi honeymoon. Tapi badan dah letih lepas majlis ni, so dalam kepala otak yang best ni aku mula terfikirkan satu tempat yang dekat, dan tak memenatkan..... inilah hasilnya..... Lawatan ke Taman Rekreasi Gunung Lang..... kekekekeke...

kat tengah-tengah tu adalah pulau.... nak pergi kene naik bot
Terletak dalam Bandaraya Ipoh (berhampiran Mobil dan Petronas) di Jalan Kuala Kangsar. Memang dekat dengan tempat tinggal aku. Tak payah nak drive jauh-jauh dah. Tempat ni memang best.... dan kepada sesiapa yang minat sukan permotoran, dalam majalah-majalah kereta, mesti ada gambar kereta berlatar belakangkan bukit batu kapur atau air terjun.... Haa..... inilah tempatnya diorang buat sesi photografi. Banyak juga la aktiviti boleh buat di sini contohnya fish feeding, caving, dan kalau nasib baik belah petang, dapat tengok burung helang





murah je tambang bot ni. Dewasa: Rm3... kanak2 cam aku pegang tu: RM 0.50














Kt sini safety diutamakan... ada life jacket.. ala kalau terjatuh pown,
dalam tu cuma ada ikan keli je, bukannya phirana...















Tak tahu apa tujuan rumah ini dibina, taoi ia tetap unik dan klasik....
tengok la dinding tu, dengan anyaman buluh je
















Kat sini kalau shoot wedding photografi sure cantik punyer














Kat tengah pulau ni ada menara, untuk sightseeing kawasan sekitar....
memang cantik

















Walaupun simple je tempatnya, tapi tetap puas hati.... Manje, moga hendaknya cinta kita kekal abadi.... Love uuuuuu for ever.










Isnin, 7 Mac 2011

Ada yang menarik di Cameron Highland.....

Sebut saja Cameron Highland, ramai yang membayangkan kawasan perbukitan yang sejuk, ladang teh, strawberri, sayur segar mahupun hotel-hotel lereng bukit yang indah sahaja. Sebenarnya anda silap. Ada satu lagi tarikan yang kebanyakan dari kita tak tahu pun tempat ni wujud iaitu...... Time Tunnel Cameron Highland.......

Just lebih kurang 4 km dari Brincang, dan tak jauh di Kea farm saje. Kalau anda naik ke Cameron ikut Simpang Pulai, anda akan melaluinya sebelum sampai ke Pekan Cameron. Terletak bersebelahan kedai cendera hati. Menariknya di sini, ia mempunyai banyak koleksi antik. Cuba tengok gambar di atas. Tribute to P. Ramlee pon ada......

Just RM5...... murah saje.... Berbaloi la dengan koleksi-koleksi yang dipamerkan di dalamnya..... cuba hayati next pic.....


Dengan lighting yang suram... rasa macam balik ke zaman 50, 60, 70-an dulu... best sangat... So bagi korang yang memang merancang nak ke Cameron, tempat ni dicadangkan untuk mengembalikan nostalgia anda..........

Si Bujang......

Take a look at 3 sequence pic above...... what is in your mind????

Yup.... bilik si teruna bujang yang bersepah. Mungkin dah jadi lumrah, si teruna dikaitkan dengan pakar menyepahkan bilik. Stigma tersebut tidak dapat tidak harus diakui. Memang segelintir teruna pemalas.......

p/s: bukan bilik pemilik blogger..... harap maklum.

Sabtu, 5 Mac 2011

Simple, tapi puas hati

Ni malu2 nak makan ni..... sayang nak rosakkan hiasan yang cantik tu
Seputar majlis perkahwinan aku..........
Acara paling best.... potong kek.....

Tok.... takde soalan bocor ke?

I la sleeping beaty tau......

I lak beauty and the beast........kekekekekke

payung ni nanti aku ingat nak upgrade letak aircond......

Agak2 mana satu aku punyer?

Dua orang pengapit yang setia

Yang baju hitam tu, bila lagi nak kawen?